
dah lama aku tak merasa melayu bila menonton filem...
tapi bila pertama kali aku menonton laskar pelangi...
tiba2 aku merasa bangga menjadi orang dari rumpun melayu walau apa jua maksud "melayu" itu...
laskar pelangi adalah sebuah filem indonesia yang menceritakan kisah ttg 10 orang anak kecil dari rumpun melayu yang tinggal di pulau belitung, sebuah pulau berdekatan dgn selatan sumatera..
ia ada kisah benar ttg kehidupan penulis novel "laskar pelangi" iaitu andrea hirata semasa beliau kecil..
dalam filem ini, ada beberapa nama besar di indonesia yang turut sama berlakon. antaranya slamet rahardjo, cut mini, alex komang, lukman sardi dan tora sudiro..
tapi jiwa "laskar pelangi" tidak bergantung pada nama2 besar itu. mengejutkan kerana filem itu lebih bergantung kepada 12 anak2 cilik yang memang berasal dari pulau belitung..
cuma aku tertanya2 bila agaknya anak melayu kita dapat menghasilkn sebuah karya yang mudah tapi berkesan..
tak banyak filem sebegitu.. selain laskar pelangi, pada aku, hanya "american beauty" yang buleh dikatakan simple tapi berkesan...
satu ketika dulu, aku agak berbangga dgn sepet.. kerana ia begitu menarik.. tapi lama kelamaan rasa hormat dan bangga aku pada yasmin ahmad pudar kerana bagi aku dia begitu OBSES untuk mengetengahkan nilai malaysian malaysia hingga hilang jiwa dan penghayatan dalam filemnya yang berikut..
come on yasmin... bring us somthing better than sepet.. or atleast on par...
No comments:
Post a Comment